Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pendidikan hari ini lebih bercorak global, menuntut anak-anak berusaha keras. cabaran yang terpaksa diharungi oleh anak-anak amat luas kerana persaingan dalam dunia pendidikan amat sengit. Anak-anak tidak boleh terpengaruh dengan gejala-gelaja yang kurang sihat yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Sementelahan lagi,cabaran yang lebih besar dihadapi oleh anak-anak kita yang berada di bandararaya Johor Bahru ini kerana pengaruh-pengaruh negatif  banyak terdapat di sekeliling anda. Oleh itu ibubapa dan guru perlu bersama-sama beusaha dan memerhatikan perkembangan anak-anak supaya mereka tidak terlibat dengan gejala negatif ini. Seandainya anak-anak mengikut norma hidup yang betul, insyaallah kejayaan akademik akan dapat diraih.

Anak-anak hendaklah sentiasa mementingkan pelajaran supaya masa depan terjamin. Anak-anak perlu sedar hala tuju dan matlamat hidup sendiri. Kebanyakan mereka yang berjaya hari ini adalah kerana mempunyai disiplin diri dan keazaman yang begitu tinggi di dalam jiwa mereka.  Jati diri perlu wujud bagi menepis segala cabaran dan dugaan yang dihadapi. Pengurusan masa amat penting bagi seorang pelajar yang mempunyai matlamat untuk mencipta kejayaan. Yakinlah setiap usaha itu pasti mendapat ganjarannya. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Akhir sekali, saya mendoakan agar kejayaan akan terus mengiringi diri anak-anak dan kecemerlangan akademik akademik SMK Taman Pelangi akan terus meningkat.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.